Wednesday, December 29, 2010
Kepentingan solat 5 waktu
Kepada pembaca-pembaca sekalian,Disini saya ingin menerangkan kenapa pentingnya solat 5 waktu.Solat 5 waktu ini penting kerana solat 5 waktu ini merupakan tanggungjawab yang Allah beri ke atas kita untuk dilaksanakan di dunia ini.Disini contoh hadis tentang kenapa pentingnya solat 5 waktu.(Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:Sesungguhnya persoalan pertama yang akan di tanya(Di pertanggungjawab) ke atas manusia pada hari kiamat adalah sembahyang,Jika sembahyang baik maka dia termasuk orang yang bahagia dan berjaya,Namun jika sembahyangnya rosak,maka dia termasuk orang yang kecewa dan rugi) (Riwayat Al Imam At Tarmizi)Berdasarkan hadis tersebut,cukuplah sekalian pembaca mengetahui kenapa pentingnya solat 5 waktu.Ingatlah!Amalan lain akan tidak dikira sekiranya amalan solat 5 waktu kita tidak dilakukan dengan istiqamah contohnya sedekah,baca Al Quran dan lain-lain ibadah lagi.Kepada mana-mana pihak yang tidak istiqamah dalam solat lagi di harapkan berubahlah.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment