Wednesday, December 29, 2010

Iktikad

Kepada semua pembaca yang dihormati sekalian...........
Disini saya ingin menerangkan apa itu iktikad dan betapa pentingnya iktikad ni............
Iktikad ini adalah kepercayaan dan keyakinan di dalam hati kita terhadap Allah.Disini saya beri satu contoh untuk pembaca-pembaca lebih memahaminya,Tuan A telah membeli buku hikmah-hikmah ayat Al Quran,Di dalam itu ada menerangkan tentang kelebihan ayat surah Al Fatihah,Ayat-ayat pendinding dan sebagainya.
Selepas membelinya Tuan A membacanya dengan khusyuk dan hatinya sangat tertarik untuk mengamalkannya. Apabila tamat membaca keseluruhan buku tersebut,Tuan A berazam untuk mengamalkan apa yang dia telah pelajari dalam buku tersebut.Antara ilmu yang dia hendak amalkan adalah ayat-ayat pendinding dari ayat kursi.
Tuan A mengetahui bahawa hikmah ayat kursi ini dapat mengelakkan diri kita dari terkena sihir dan lain-lain jadi dia pun amalkannya pagi dan petang tanpa bermohon pada Allah dan fikir bahawa semua itu Allah yang beri dan sudah jelas cara Tuan A tidak betul.Tuan A telah beranggapan bahawa ayat kursi ini yang dapat memberi dia tidak terkena sihir dan lain-lain tanpa memikikirkan bahawa segala gala di dunia ini adalah Allah yang beri.Disini saya ajarkan kepada pembaca-pembaca cara-cara yang betul.Contohnya jika ingin amalkan ayat kursi sebagai pendinding diri dari kejahatan manusia,syaitan dan jin,pada permulaan sekali kita harus mohon pada Allah sama ada dalam hati(Niat) atau cara berdoa dengan cara begini(Wahai Allah aku pohon padamu dengan berkat membaca ayat kursi ini aku mohon kau lindungilah aku dari segala kejahatan manusia,syaitan dan jin.Sesungguhnya kau yang beri segala galanya dan padamu juga aku mohon segala galanya)selepas membacanya,yakinlah pada apa yang kita buat insyaAllah berhasil dan yakin dengan kuasa Allah.Kita orang islam dan kita mengaku Allah Tuhan kita jadi mengapa kita tidak yakin padanya jadi tanamkan dalam diri perasaan yakin pada Allah.Sekian........

No comments:

Post a Comment