Wednesday, December 29, 2010

Kepentingan solat 5 waktu

Kepada pembaca-pembaca sekalian,Disini saya ingin menerangkan kenapa pentingnya solat 5 waktu.Solat 5 waktu ini penting kerana solat 5 waktu ini merupakan tanggungjawab yang Allah beri ke atas kita untuk dilaksanakan di dunia ini.Disini contoh hadis tentang kenapa pentingnya solat 5 waktu.(Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:Sesungguhnya persoalan pertama yang akan di tanya(Di pertanggungjawab) ke atas manusia pada hari kiamat adalah sembahyang,Jika sembahyang baik maka dia termasuk orang yang bahagia dan berjaya,Namun jika sembahyangnya rosak,maka dia termasuk orang yang kecewa dan rugi)  (Riwayat Al Imam At Tarmizi)Berdasarkan hadis tersebut,cukuplah sekalian pembaca mengetahui kenapa pentingnya solat 5 waktu.Ingatlah!Amalan lain akan tidak dikira sekiranya amalan solat 5 waktu kita tidak dilakukan dengan istiqamah contohnya sedekah,baca Al Quran dan lain-lain ibadah lagi.Kepada mana-mana pihak yang tidak istiqamah dalam solat lagi di harapkan berubahlah.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Iktikad

Kepada semua pembaca yang dihormati sekalian...........
Disini saya ingin menerangkan apa itu iktikad dan betapa pentingnya iktikad ni............
Iktikad ini adalah kepercayaan dan keyakinan di dalam hati kita terhadap Allah.Disini saya beri satu contoh untuk pembaca-pembaca lebih memahaminya,Tuan A telah membeli buku hikmah-hikmah ayat Al Quran,Di dalam itu ada menerangkan tentang kelebihan ayat surah Al Fatihah,Ayat-ayat pendinding dan sebagainya.
Selepas membelinya Tuan A membacanya dengan khusyuk dan hatinya sangat tertarik untuk mengamalkannya. Apabila tamat membaca keseluruhan buku tersebut,Tuan A berazam untuk mengamalkan apa yang dia telah pelajari dalam buku tersebut.Antara ilmu yang dia hendak amalkan adalah ayat-ayat pendinding dari ayat kursi.
Tuan A mengetahui bahawa hikmah ayat kursi ini dapat mengelakkan diri kita dari terkena sihir dan lain-lain jadi dia pun amalkannya pagi dan petang tanpa bermohon pada Allah dan fikir bahawa semua itu Allah yang beri dan sudah jelas cara Tuan A tidak betul.Tuan A telah beranggapan bahawa ayat kursi ini yang dapat memberi dia tidak terkena sihir dan lain-lain tanpa memikikirkan bahawa segala gala di dunia ini adalah Allah yang beri.Disini saya ajarkan kepada pembaca-pembaca cara-cara yang betul.Contohnya jika ingin amalkan ayat kursi sebagai pendinding diri dari kejahatan manusia,syaitan dan jin,pada permulaan sekali kita harus mohon pada Allah sama ada dalam hati(Niat) atau cara berdoa dengan cara begini(Wahai Allah aku pohon padamu dengan berkat membaca ayat kursi ini aku mohon kau lindungilah aku dari segala kejahatan manusia,syaitan dan jin.Sesungguhnya kau yang beri segala galanya dan padamu juga aku mohon segala galanya)selepas membacanya,yakinlah pada apa yang kita buat insyaAllah berhasil dan yakin dengan kuasa Allah.Kita orang islam dan kita mengaku Allah Tuhan kita jadi mengapa kita tidak yakin padanya jadi tanamkan dalam diri perasaan yakin pada Allah.Sekian........

Mukadimah

Assalamualaikum kepada semua yang melayari blog Hikmah Ilmu Dan Perkongsiannya.........
Syukur kepada Allah,dengan kurniaannya saya dapat membuat blog ini.Blog ini dibuat adalah untuk memberitahu tentang ilmu-ilmu Allah yang begitu luas serta berkongsi ilmu-ilmu Allah sebagai amalan kita.Semoga setiap pembaca-pembaca blog dapat mengunakan dan mengamalkan ilmu-ilmu di dalam blog ini dengan betul dan saya juga tidak mengizinkan mana-mana ilmu hikmah di dalam blog ini di salah gunakan oleh mana-mana pembaca kerana ilmu merupakan kurniaan dari Allah jadi gunakanlah sebaik baiknya.